
Salam mesra satu Malaysia buat kawan-kawan yang sudi membuang sedikit masa untuk mentelaah blog ini. Sebenarnya pengalaman bekerja ini merupakan pengalaman setiap individu tidak kira samada individu tersebut belajar setakat darjah 6 ka, PMR, SPM, STPM,Diploma,Degree atau peringkat yang lebih tinggi lagi. Disini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman kerja yang pernah aku lalui dari dulu hingga sekarang. Sebut pasal kerja, aku ingat dah banyak kerja aku buat dari zaman PMR lagi dengan harapan untuk membantu kedua ibu bapaku mengurangkan belanja sekolah untuk aku lagi. Masih teringat lagi bagaimana arwah pak jang aku membawaku (naik scrambler lagi beb) ke Taman Selasih (masa tu taman tu tak siap lagi sepenuhya). Kerja kami ialah membuat wayering untuk 5 biji rumah, aku diberi tugas sebagai assistant beliau..tugas utama aku ialah mengetuk dinding-dinding untuk membuat lorong paip wayering. Naik kematu tangan aku mengetuk dan menarik kabel untuk disambungkan ke setiap point-point suis. Bila dapat upah, hilang rasanya penat aku mengetuk. Arwah mak banyak melarang aku bekerja di usia muda kerana beliau sangat mementingkan pelajaran anak-anaknya.. beliau berpesan supaya tidak belajaq pegang duit, nanti malas nak mengaji..Ketika habis SPM, aku bekerja sambil belajar di KFC Bukit Mertajam dan Belajar di Cosmopoint. 6 bulan jgak la, di sini aku belajar mengenal kawan-kawan yang ok dan ada yang tak ok. Bekerja di sini sangat happy coz kawan-kawan lain semuanya boleh dikatakan sebaya dengan aku. Habis kerja, kami lepak kat Pizza Seberang Jaya. Dari buzzer, sampai aku boleh jadi tukang masak ayam KFC aku boleh buat. Macam best jugak la, aku masak, pastu orang makan kan..hehehe… tgah2 seronok bekerja, ayah aku tengok aku semacam ja,mybe dia tau aktiviti aku kot, sebab dia pun rajin gak keluar malam2. Dok tak dok arwah mak bagi surat tawaran STPM.. so mengaji balik la aku. 2 tahun mengaji, dalam dok mengaji n pagi2 kena p hantaq kueh kat kedai serta malam-malam kena buat kuih karipap, pagi-pagi arwah mak goreng aku lulus periksa. Macam mimpi pun ada. Sambunglah aku blajaq..3 tahun jgak la..dalam masa tu dok meniaga baju anak negeri dengan shah, romate aku yang banyak menolong aku dalam segenap masalah yang aku hadapi. Praktikal kat aloq staq jgak banyak memberi pengalaman yang besar..hidup sendiri dengan elaun RM350 cukup2 makan ja. Apit dan Rizal, dua sahabat yang banyak jasanya kepada aku. Susah senang bersama. Dari makan meggi sampai goreng bihun n nasi bersama. Tapi satu jer apit nie.. kalau buat sambal,nak jgak dia letak gula banyak2, tahu la kome tu org kelantan tapi agak2 la. Dari rumah sewa bapuk(rizal kena ngorat) sampai ke rumah sewa berhantu apit kata..kami berjaya habiskan latihan industri bersama.Keluar UUM, aku dapat tawaran jadi guru ganti d Selama, Kedah. Sebenarnya pakcik aku yang rekemen pun.. dia kenal GB kat situ, 4 bulan jgak la ngajar kat sana..dalam masa yg sama Konvo.. blagak kaya jgak la aku bila konvo..hehehehe.. Kat sana cikgu2 pun sempoi, GB,PK semua sempoi belaka. Abis kontrak,aku bekerja kampong..semua kerja buat,janji dapat duit.balik kerja,belemuih tok sah nak kata la.aku kerja dengan Pak Tam, banyak pengalaman aku dapat dari sekaya- kaya orang hingga semiskin-miskin orang. Dari sebelagak-lagak orang sampai ke sebaik-baik hati manusia aku belajaq. Dari dulu lagi aku tak heran sangat dengan orang yang belagak kaya ni, tapi aku heran sangat bila orang kaya jadi baik hati. Ada jgak la orang macam tu..tapi yang aku fikir masa tu, nak bagi habis kerja ja, pastu dapat gaji sehari RM85. Settle masalah, depa nak belagak sampai mati pun aku tak kisah. Pas dah berkenalan semula dengan bini aku la ni(ada cerita sebenarnya,tapi nantilah aku cerita), aku tekad nak kerja kat KL. Nak cari duit, pastu dengan alasan kukuh nak kata aku ni bersungguh la kiranya,besala ayat power katakan,aku p Sungai Buluh Selangor. Cari punya cari, teroka punya teroka, aku dapat kerja kat YAMAHA. Nak buat tapak dulu kata orang tua-tua. First time aku kerja kilang, kecut jgak perut ni. Aku mintak jawatan QC. Alhamdunillah aku dapat,so kerjalah aku dengan bersungguh-sungguh dari pagi sampai petang. Mula-mula aku kena buli jgak la,tapi dah seminggu kira ok dah. Abg saiful dengan lawak keringnya,hadi dengan malasnya, wak dengan falsafahnya,Ijai best friend yang rileks dari segala bidang dan kawan2 shift A yang lain, semua best. Bdak2 shift ni suka memancing ikan, aku pun terpaksa turut serta. Hari-hari aku uji motor YAMAHA baru. Best jgak, siap-siap pasang, geng2 kami yang try dulu. Rempit habis la coz bdak2 lain tak boleh naik motor,hanya QC sahaja yang dibenarkan. Sampai g toilet pun naik motor jgak la.. jodoh dengan YAMAHA tak lama, member aku Faridah kol, dia kata tempat kerja dia nak pakai orang. Aku pun try la..p la hantaq resume kat dia kat Sogo nu, aku naik komuter coz masa tu x tau lagi jalan KL..pastu siap kena belanja makan lagi kat food court kat situ. Kerja punya pasai, layan je lah.. rezeki aku gamaknya..Pn Zarah kol n terus dapat kerja kat MAHSA. Kat MAHSA aku ditempatkan di bahagian Nursing, best jgak kat sini.. awek ramai..hehehehe tp tak ngorat naa…aku kenal Amrul housemate aku kat Damansara Damai(bro,jom satay kajang-kirim salam kat mamak gunting rambut),Zul(cikgu…sihat), Ani yang garang jgak la(jangan marah naa),Zarin(jom makan kt bukit tinggi tu lagi wei), Leena(mama hot),geng exam unit terutama faridah(dah jadi mak dah la ni),bashah yang kekwat,wani,cip(tidoq mengeroh punya la kuat)hanim,pak didi(warga indon yang selalu nak kenakan aku)azie,mawi,tok ayah(tiket free myteam ada lg tak) dan semua lah. Aku dan pak didi berganding bahu menyiapkan posting budak2. setiap minggu breafing dgan budak2 yang kekwat tahap diva bak kata zul, kerja punya pasal, buat jer katanya…2 tahun kerja kat sini, memang best tak terkira..kawan-kawan yang riang ria, staff yang baik2 terutamanya kak bedah(tak dapek la den nak nolong),pn jamaliah,CI-CI yang dikasihi semua(maaf kalau ada yang tak puas hati), kak mastura yang baik hati,pn khamariah yang best. Kerja kat sini aku dapat tahu perwatakan setiap manusia yang mempunyai misi tersendiri untuk membodek atau terpaksa bodek untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang mendatang. Banyak pengalaman yang aku timba di sini. Cukup rasanya sebagai bekalan untuk bekerja di tempat baru..berikutan terdapat masalah sikit(sikit jer) aku terpaksa pulang ke kampong halaman aku sendiri iaitu Kulim. Sebelum jadi cikgu ganti,banyak kerja yang aku buat, kerja2 berkaitan perhidmatan berkaitan masalah sistem air dalam tanah.. dok tak dok Penyelaras Tunku Malik panggil aku ngajar kat sekolah ganti Kak Yati bersalin, sempat jgak la aku p rombongan kat Padang Besar dengan buda-budak, happy sangat coz cikgu SKTAM best2 belaka. Tq banyak2 kat cikgu Zul,One,Na,GB dan semuanya. Aku terus terima pelawaan cikgu Zul,lagipun dekat 2 bulan aku kerja merapu..duit pun habis dah dikorek kat bank termasuklah tabung plastic yang bashah buat jual kuih simpulan kasih ( aku buat tabung bekas tu sebab bekas tu lawa).. dalam dok tunggu anak aku selamat dilahirkan, PPD panggil dan kat sinilah aku bekerja sehingga hari nie.. berkawan dengan ustaz-ustaz dan mereka yang baik hati membuatkan aku rasa member yang aku kenal semuanya baik belaka, suasana yang meriah disulami dengan jenaka membuat aku semakin sayang dengan tugas baru aku sekarang ini. Kawan-kawan baru di sini juga pada aku semuanya baik-baik belaka dan mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.



hehe... ingat lg ko kt macha kedai gunting tu lg eh... akak nasik lemak tu pun ada tanya psl ko, aku bgtau ko dh blk ke kampung halaman bersama dgn keluarga tercinta hehe...
ReplyDelete