Sunday, February 7, 2010

Anak


Sebut pasal anak ni masa aku tak kawen lagi memang rasa seronok sangat nak menimang cahaya mata. Masa tu terbayang-bayang je lah macam mana nak jaga anak. Tapi sekarang aku tak payah bayangkan lagi coz aku telah dikurniakan puteri sulong yang membuatkan seluruh keluarga berasa gembira. Maklumlah cucu sulung dalam keluarga. Perempuan plak tu coz anak sepupu dah 2 orang lelaki. Dah macam torpedo dah aku tgok budak2 berdua tu.. biasalah,nama pun budak-budak. Cuma yang aku terkilan sangat adalah arwah mak aku tak sempat nak jaga anak aku masa lepas pantang, Cuma arwah mak sempat jaga gitu2 aje coz wife aku berpantang di rumah mentua. Rumah orang,mana nak sama dengan rumah sendiri. Awal pagi 29.11.2009 wife aku kejutkan aku coz air ketuban dah pecah,aku n arwah mak apa lagi, cepat2 bawak wife g Hospital Kulim. Bila wife aku dah masuk wad, aku n arwah mak punyalah gelak coz hantar terus ke hospital,kami kelam kabut n tak tahu nak buat apa,padahal arwah mak dah pernah bersalin 8 orang anak, arwah mak pun terpinga-pinga tak tahu apa yang nak dibuat,aku lagi la,tu yang kami gelak sakan bila kuar wad. Abah aku sampai dan bawa pulang arwah mak coz cik misi bgtau yang bini aku nak bersalin malam. Tinggallah aku sorang2 kat luar wad, teman la bini, sapa tak sayang bini wei…sempat jugalah aku melayan karenah budak2 yang kebetulan menunggu saudara mara mereka kat situ. Pukul 4 petang, bini aku dibawa masuk ke labour room. Ketaq jugak aku nak p temankan, tunggu punya tunggu ingatkan doc nak bg masuk coz aku dah isi boring temankan wife,tgok2 dah bersalin dah bini aku. Alhamdunillah, lega rasanya badan, dalam 30 minit keluarlah mereka dan ditolak ke wad bersalin. Arwah mak senyum tak berhenti-henti melihat telatah cucu sulung dia. Lantas aku terus ambil air sembahyang n terus qamat n azankan anak aku, mulanya nak qamat sahaja, tapi dah abah aku suruh azankan,aku ikut ja..masa tu penuh sanak saudara berhimpun kat katil wife aku. Terima kasih banyak2 kat wife aku coz melahirkan puteri sulung untuk aku dan keluargaku. Sebenarnya ni first time aku pegang baby kecik-kecik ni. Sebelum ni tak pernah langsung,setakat cuit-cuit pipi aku buat lah,kalau nak dukung tak dapat la. Ntah la,dengan kehadiran anak pertama ni aku jadi kuat n bersemangat nak dukung anak. Rasa mcm nak ngangis pun ada masa azankan damia,tapi mcm biasa la cover line mau hebat beb… Lepas bersalin bermulalah tugas aku sebagai seorang ayah, tak banyak sangat yang aku Bantu coz mak mertua aku memang rajin orangnya.. Cuma tolong sediakan makanan mcm bakar ikan,ayam n membeli barang keperluan baby n mak baby.. Adat melayu, cukur rambut hingga ke majlis letak kaki anak ke tanah kami lakukan. Malam2 kadang tak tidur aku melayan karenah Damia, Cuma anak aku ni bagus coz tak suka teriak ja. Tidur pun cukup2 ja.Kalau dulu boleh tidoq terjun ke kiri ke kanan, tapi sekarang ni kena tidur elok2 coz takut anak terjaga. Damia tidur punyalah buas, turun aku gamaknya..bila tgok malam2 sejuk jgak perut aku. Ada satu malam aku terjaga bila bini aku mengamuk. Terkejut jugak la aku, rupa-rupanya dia mengamuk dekat nyamuk.huhuhu… Arwah mak sempat berpesan, mcm mana aku sayang anak, macam tu lah dia sayang kat aku. Bila teringat, mcm nak ngangis pun ada…

1 comment:

  1. aku suka entry nih man....sebak plak baca kenangan hang dgn arwah mak hang....kenangan manis dgn dia kan... hg mmg suami ngan bapak mithali....mudah mudahan...aminnn....

    ReplyDelete