Wednesday, February 10, 2010

PETUA ORANG TUA - TUA

HILANGKAN BULU ROMA

Bagi membuang bulu roma, ambil beberapa biji limau. Perah untuk mendapatkan airnya. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga pekat. Sapukan pada bahagian bulu roma yang hendak dibuang itu dan biarkan kering. Basuh dengan air suam. Lakukan dua hingga tiga kali seminggu - sumber dari majalah wanita -.

TERUNG PIPIT LEGAKAN SEMBELIT.
Bagi mereka yang mengalami sembelit, ambil kira-kira dua genggam terung pipit. Masak mengikut kegemaran anda. Dalam 20 hingga 30 minit, anda akan merasai kesannya..


MENGHILANGKAN KUTU DI KEPALA
Sebelom mandi, ambil 3 sudu teh minyak masak. Gosokkan pada kepala dan tutup kepala dengan kain bersih selama 10 minit. Kemudian basuh kepala. Insya-Allah, kutu di kepala akan hilang jika dilakukan selama 3 kali. Selamat mencuba

PETUA ORANG TUA-TUA

DAUN RAMBUTAN LEBATKAN RAMBUT
Bagi sesiapa yang menghidapi masalah keguguran rambut, petua kali ini mintak ambilkan beberapa helai daun rambutan muda,dibersihkan dan diramas dalam satu gayung air. Biarkan lender air keluar kemudian sapu pada rambut. Biaq selama 20 minit, baru bersihkan dengan air sejuk. Lakukan 2 kali sehari… selamat mencuba..

KULIT BERSIH DAN CERAH
Bagi sesiapa yang inginkan kulit wajah yang bersih dan cerah, kisar tomato dan saringkan airnya. Kemudian campurkan air tersebut bersama susu. Adun sehingga rata, sapukan bancuhan air tersebut pada wajah dan leher dua kali sehari dan biarkan selama 10 hingga 20 minit. Kemudian bilas air bersih. Ramuan ini boleh disimpan sehingga enam minggu di dalam peti sejuk.

WAJAH BERSIH DAN LINCIN
Petua simple untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih dan lincin. Ambil segenggam beras pulut dan digoreng. Kemudian,beras pulut dikisar halus. Apabila ingin mencuci muka, ambil sedikit ramuan itu dan campurkan sedikit air. Sapu pada muka hingga rata dan gosok perlahan-lahan. Biaq selama 10 minit sebelom membersihkan wajah.

Monday, February 8, 2010

lawatan kawan2 seperjuangan


Pertama sekali bila aku nak tulis blog ni, banyak-banyak terima kasih kepada kawan2 seperjuangan yang sudi menjenguk kami sekeluarga di Kulim pada 23-24 januari lepas. terharu sangat2 bila am,ani,zarin &iyep dede sudi mencemar duli melawat kami sekeluarga. ingatkan main2 ja coz pak dede ni memang suka main2 pun walaupun diri dah dimamah usia(tua la). tunggu punya tunggu dah sampai petang baru sampainya.. ingatkan sabtu cuti coz adik aku cuti sekolah,tengok2 aku kena g sekolah plak. nak ponteng siapalah aku ni. terharu dan tersedu bila tgok depa mai sungai seluang dengan berbekalkan kuih bahulu, mintak maaf banyak2 la kalau layanan kurang memuaskan. nanti dah siap rumah n kena masa cuti hangpa mai la lagi.. aku bawak hangpa p jalan-jalan..mintak maaf banyak2 coz bawak hangpa semua p queensbay ja malam tu. aku pun tak berapa boleh nak seronok sangat coz hangpa pun paham2 la kan. nanti kami sekeluarga p melawat hangpa semua plak kat Selangor tanah tumpah Zarin tu. buat family Mohd Sagirman, saya mewakilkan diri mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada amrul semestinya yang naik kereta baru, ani yang baik hati, zarin yang cool n peramah dan dede yang zalim tapi mempunyai sifat kebapaan yang melampau. tq semua.. biar jasa jadi kenangan.

Sunday, February 7, 2010

Anak


Sebut pasal anak ni masa aku tak kawen lagi memang rasa seronok sangat nak menimang cahaya mata. Masa tu terbayang-bayang je lah macam mana nak jaga anak. Tapi sekarang aku tak payah bayangkan lagi coz aku telah dikurniakan puteri sulong yang membuatkan seluruh keluarga berasa gembira. Maklumlah cucu sulung dalam keluarga. Perempuan plak tu coz anak sepupu dah 2 orang lelaki. Dah macam torpedo dah aku tgok budak2 berdua tu.. biasalah,nama pun budak-budak. Cuma yang aku terkilan sangat adalah arwah mak aku tak sempat nak jaga anak aku masa lepas pantang, Cuma arwah mak sempat jaga gitu2 aje coz wife aku berpantang di rumah mentua. Rumah orang,mana nak sama dengan rumah sendiri. Awal pagi 29.11.2009 wife aku kejutkan aku coz air ketuban dah pecah,aku n arwah mak apa lagi, cepat2 bawak wife g Hospital Kulim. Bila wife aku dah masuk wad, aku n arwah mak punyalah gelak coz hantar terus ke hospital,kami kelam kabut n tak tahu nak buat apa,padahal arwah mak dah pernah bersalin 8 orang anak, arwah mak pun terpinga-pinga tak tahu apa yang nak dibuat,aku lagi la,tu yang kami gelak sakan bila kuar wad. Abah aku sampai dan bawa pulang arwah mak coz cik misi bgtau yang bini aku nak bersalin malam. Tinggallah aku sorang2 kat luar wad, teman la bini, sapa tak sayang bini wei…sempat jugalah aku melayan karenah budak2 yang kebetulan menunggu saudara mara mereka kat situ. Pukul 4 petang, bini aku dibawa masuk ke labour room. Ketaq jugak aku nak p temankan, tunggu punya tunggu ingatkan doc nak bg masuk coz aku dah isi boring temankan wife,tgok2 dah bersalin dah bini aku. Alhamdunillah, lega rasanya badan, dalam 30 minit keluarlah mereka dan ditolak ke wad bersalin. Arwah mak senyum tak berhenti-henti melihat telatah cucu sulung dia. Lantas aku terus ambil air sembahyang n terus qamat n azankan anak aku, mulanya nak qamat sahaja, tapi dah abah aku suruh azankan,aku ikut ja..masa tu penuh sanak saudara berhimpun kat katil wife aku. Terima kasih banyak2 kat wife aku coz melahirkan puteri sulung untuk aku dan keluargaku. Sebenarnya ni first time aku pegang baby kecik-kecik ni. Sebelum ni tak pernah langsung,setakat cuit-cuit pipi aku buat lah,kalau nak dukung tak dapat la. Ntah la,dengan kehadiran anak pertama ni aku jadi kuat n bersemangat nak dukung anak. Rasa mcm nak ngangis pun ada masa azankan damia,tapi mcm biasa la cover line mau hebat beb… Lepas bersalin bermulalah tugas aku sebagai seorang ayah, tak banyak sangat yang aku Bantu coz mak mertua aku memang rajin orangnya.. Cuma tolong sediakan makanan mcm bakar ikan,ayam n membeli barang keperluan baby n mak baby.. Adat melayu, cukur rambut hingga ke majlis letak kaki anak ke tanah kami lakukan. Malam2 kadang tak tidur aku melayan karenah Damia, Cuma anak aku ni bagus coz tak suka teriak ja. Tidur pun cukup2 ja.Kalau dulu boleh tidoq terjun ke kiri ke kanan, tapi sekarang ni kena tidur elok2 coz takut anak terjaga. Damia tidur punyalah buas, turun aku gamaknya..bila tgok malam2 sejuk jgak perut aku. Ada satu malam aku terjaga bila bini aku mengamuk. Terkejut jugak la aku, rupa-rupanya dia mengamuk dekat nyamuk.huhuhu… Arwah mak sempat berpesan, mcm mana aku sayang anak, macam tu lah dia sayang kat aku. Bila teringat, mcm nak ngangis pun ada…

Pengalaman Kerja



Salam mesra satu Malaysia buat kawan-kawan yang sudi membuang sedikit masa untuk mentelaah blog ini. Sebenarnya pengalaman bekerja ini merupakan pengalaman setiap individu tidak kira samada individu tersebut belajar setakat darjah 6 ka, PMR, SPM, STPM,Diploma,Degree atau peringkat yang lebih tinggi lagi. Disini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman kerja yang pernah aku lalui dari dulu hingga sekarang. Sebut pasal kerja, aku ingat dah banyak kerja aku buat dari zaman PMR lagi dengan harapan untuk membantu kedua ibu bapaku mengurangkan belanja sekolah untuk aku lagi. Masih teringat lagi bagaimana arwah pak jang aku membawaku (naik scrambler lagi beb) ke Taman Selasih (masa tu taman tu tak siap lagi sepenuhya). Kerja kami ialah membuat wayering untuk 5 biji rumah, aku diberi tugas sebagai assistant beliau..tugas utama aku ialah mengetuk dinding-dinding untuk membuat lorong paip wayering. Naik kematu tangan aku mengetuk dan menarik kabel untuk disambungkan ke setiap point-point suis. Bila dapat upah, hilang rasanya penat aku mengetuk. Arwah mak banyak melarang aku bekerja di usia muda kerana beliau sangat mementingkan pelajaran anak-anaknya.. beliau berpesan supaya tidak belajaq pegang duit, nanti malas nak mengaji..Ketika habis SPM, aku bekerja sambil belajar di KFC Bukit Mertajam dan Belajar di Cosmopoint. 6 bulan jgak la, di sini aku belajar mengenal kawan-kawan yang ok dan ada yang tak ok. Bekerja di sini sangat happy coz kawan-kawan lain semuanya boleh dikatakan sebaya dengan aku. Habis kerja, kami lepak kat Pizza Seberang Jaya. Dari buzzer, sampai aku boleh jadi tukang masak ayam KFC aku boleh buat. Macam best jugak la, aku masak, pastu orang makan kan..hehehe… tgah2 seronok bekerja, ayah aku tengok aku semacam ja,mybe dia tau aktiviti aku kot, sebab dia pun rajin gak keluar malam2. Dok tak dok arwah mak bagi surat tawaran STPM.. so mengaji balik la aku. 2 tahun mengaji, dalam dok mengaji n pagi2 kena p hantaq kueh kat kedai serta malam-malam kena buat kuih karipap, pagi-pagi arwah mak goreng aku lulus periksa. Macam mimpi pun ada. Sambunglah aku blajaq..3 tahun jgak la..dalam masa tu dok meniaga baju anak negeri dengan shah, romate aku yang banyak menolong aku dalam segenap masalah yang aku hadapi. Praktikal kat aloq staq jgak banyak memberi pengalaman yang besar..hidup sendiri dengan elaun RM350 cukup2 makan ja. Apit dan Rizal, dua sahabat yang banyak jasanya kepada aku. Susah senang bersama. Dari makan meggi sampai goreng bihun n nasi bersama. Tapi satu jer apit nie.. kalau buat sambal,nak jgak dia letak gula banyak2, tahu la kome tu org kelantan tapi agak2 la. Dari rumah sewa bapuk(rizal kena ngorat) sampai ke rumah sewa berhantu apit kata..kami berjaya habiskan latihan industri bersama.Keluar UUM, aku dapat tawaran jadi guru ganti d Selama, Kedah. Sebenarnya pakcik aku yang rekemen pun.. dia kenal GB kat situ, 4 bulan jgak la ngajar kat sana..dalam masa yg sama Konvo.. blagak kaya jgak la aku bila konvo..hehehehe.. Kat sana cikgu2 pun sempoi, GB,PK semua sempoi belaka. Abis kontrak,aku bekerja kampong..semua kerja buat,janji dapat duit.balik kerja,belemuih tok sah nak kata la.aku kerja dengan Pak Tam, banyak pengalaman aku dapat dari sekaya- kaya orang hingga semiskin-miskin orang. Dari sebelagak-lagak orang sampai ke sebaik-baik hati manusia aku belajaq. Dari dulu lagi aku tak heran sangat dengan orang yang belagak kaya ni, tapi aku heran sangat bila orang kaya jadi baik hati. Ada jgak la orang macam tu..tapi yang aku fikir masa tu, nak bagi habis kerja ja, pastu dapat gaji sehari RM85. Settle masalah, depa nak belagak sampai mati pun aku tak kisah. Pas dah berkenalan semula dengan bini aku la ni(ada cerita sebenarnya,tapi nantilah aku cerita), aku tekad nak kerja kat KL. Nak cari duit, pastu dengan alasan kukuh nak kata aku ni bersungguh la kiranya,besala ayat power katakan,aku p Sungai Buluh Selangor. Cari punya cari, teroka punya teroka, aku dapat kerja kat YAMAHA. Nak buat tapak dulu kata orang tua-tua. First time aku kerja kilang, kecut jgak perut ni. Aku mintak jawatan QC. Alhamdunillah aku dapat,so kerjalah aku dengan bersungguh-sungguh dari pagi sampai petang. Mula-mula aku kena buli jgak la,tapi dah seminggu kira ok dah. Abg saiful dengan lawak keringnya,hadi dengan malasnya, wak dengan falsafahnya,Ijai best friend yang rileks dari segala bidang dan kawan2 shift A yang lain, semua best. Bdak2 shift ni suka memancing ikan, aku pun terpaksa turut serta. Hari-hari aku uji motor YAMAHA baru. Best jgak, siap-siap pasang, geng2 kami yang try dulu. Rempit habis la coz bdak2 lain tak boleh naik motor,hanya QC sahaja yang dibenarkan. Sampai g toilet pun naik motor jgak la.. jodoh dengan YAMAHA tak lama, member aku Faridah kol, dia kata tempat kerja dia nak pakai orang. Aku pun try la..p la hantaq resume kat dia kat Sogo nu, aku naik komuter coz masa tu x tau lagi jalan KL..pastu siap kena belanja makan lagi kat food court kat situ. Kerja punya pasai, layan je lah.. rezeki aku gamaknya..Pn Zarah kol n terus dapat kerja kat MAHSA. Kat MAHSA aku ditempatkan di bahagian Nursing, best jgak kat sini.. awek ramai..hehehehe tp tak ngorat naa…aku kenal Amrul housemate aku kat Damansara Damai(bro,jom satay kajang-kirim salam kat mamak gunting rambut),Zul(cikgu…sihat), Ani yang garang jgak la(jangan marah naa),Zarin(jom makan kt bukit tinggi tu lagi wei), Leena(mama hot),geng exam unit terutama faridah(dah jadi mak dah la ni),bashah yang kekwat,wani,cip(tidoq mengeroh punya la kuat)hanim,pak didi(warga indon yang selalu nak kenakan aku)azie,mawi,tok ayah(tiket free myteam ada lg tak) dan semua lah. Aku dan pak didi berganding bahu menyiapkan posting budak2. setiap minggu breafing dgan budak2 yang kekwat tahap diva bak kata zul, kerja punya pasal, buat jer katanya…2 tahun kerja kat sini, memang best tak terkira..kawan-kawan yang riang ria, staff yang baik2 terutamanya kak bedah(tak dapek la den nak nolong),pn jamaliah,CI-CI yang dikasihi semua(maaf kalau ada yang tak puas hati), kak mastura yang baik hati,pn khamariah yang best. Kerja kat sini aku dapat tahu perwatakan setiap manusia yang mempunyai misi tersendiri untuk membodek atau terpaksa bodek untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang mendatang. Banyak pengalaman yang aku timba di sini. Cukup rasanya sebagai bekalan untuk bekerja di tempat baru..berikutan terdapat masalah sikit(sikit jer) aku terpaksa pulang ke kampong halaman aku sendiri iaitu Kulim. Sebelum jadi cikgu ganti,banyak kerja yang aku buat, kerja2 berkaitan perhidmatan berkaitan masalah sistem air dalam tanah.. dok tak dok Penyelaras Tunku Malik panggil aku ngajar kat sekolah ganti Kak Yati bersalin, sempat jgak la aku p rombongan kat Padang Besar dengan buda-budak, happy sangat coz cikgu SKTAM best2 belaka. Tq banyak2 kat cikgu Zul,One,Na,GB dan semuanya. Aku terus terima pelawaan cikgu Zul,lagipun dekat 2 bulan aku kerja merapu..duit pun habis dah dikorek kat bank termasuklah tabung plastic yang bashah buat jual kuih simpulan kasih ( aku buat tabung bekas tu sebab bekas tu lawa).. dalam dok tunggu anak aku selamat dilahirkan, PPD panggil dan kat sinilah aku bekerja sehingga hari nie.. berkawan dengan ustaz-ustaz dan mereka yang baik hati membuatkan aku rasa member yang aku kenal semuanya baik belaka, suasana yang meriah disulami dengan jenaka membuat aku semakin sayang dengan tugas baru aku sekarang ini. Kawan-kawan baru di sini juga pada aku semuanya baik-baik belaka dan mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.